Sabtu, 17 April 2010

PROGRAM MEMBONGKAR RAHSIA siri 2



Pada 24hb Februari yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah berjaya mengadakan ceramah Pentas Pemuda. Tetapi Pemuda Pasir Salak membuat satu kelainan. Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak menukarkan panggilan Pentas Pemuda kepada MEMBONGKAR RAHSIA. Penceramah jemputan pada Program MEMBONGKAR RAHSIA yang lalu adalah terdiri dari mereka yang begitu rapat dengan Anwar Ibrahim iaitu Saudara Ezam Nor( Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan ),Saudara Zahid Mat Arip( Bekas Ketua AMK Pulau Pinang) dan Saudara Anuar Shaari( Bekas Setiausaha Anwar Ibrahim).

Pada 20hb APRIL 2010 nanti, MEMBONGKAR RAHSIA Siri 2 akan diadakan bertempat di Medan BAKAP, FELCRA Changkat Lada jam 9.00 malam. Kali ini, Saudara Fairus Khairuddin (mantan Timb Ketua Menteri Pulau Pinang) bersama Saudara Lokman Noor Adam adalah antara 2 penceramah yang telah memberi persetujuan untuk membongkar segala rahsia tentang Anwar Ibrahim pada 20hb nanti. Yang Berhormat Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Dato' Haji Tajuddin juga akan sama-sama membongkar serta mendedahkan visi politik Anwar Ibrahim.

Biarpun seluruh jentera UMNO seluruh negara sedang memberi tumpuan pada gerak kerja parti bagi menghadapi PRK di Hulu Selangor, UMNO Bahagian Pasir Salak akan meneruskan program ini. Warga Pasir Salak harus sentiasa didedahkan dengan perkembangan isu politik semasa dengan harapan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang.

Jika MEMBONGKAR RAHSIA Siri 1 di Chenderong Balai dihadiri melebihi 2500 orang, MEMBONGKAR RAHSIA Siri 2 kali ini dijangka akan menarik lebih dari 3000 orang untuk mendengar pendedahan tentang kebenaran siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Pemuda UMNO Pasir Salak yakin, hari ini rakyat telah mula sedar bahawa Anwar Ibrahim adalah PENGKHIANAT NEGARA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan