Selasa, 11 September 2012

JAMUAN TERBUKA AIDILFITRI 2012


Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA & Salam Aidil Fitri.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak akan mengadakan Jamuan Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433H. Bagi tahun ini, majlis tersebut akan diadakan pada;

Tarikh       : 15HB SEPT 2012 (SABTU)
Masa         : 11.00AM - 1.00PM
Venue       : Perkarangan Dewan Serbaguna Parit 9, Labu Kubong.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 3 Julai 2012

Karnival Bola Sepak 7 Sebelah Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak Tertutup DUN Kampung Gajah 2012

Karnival Bola Sepak 7 Sebelah Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak Tertutup DUN Kampung Gajah akan diadakan pada 8hb JULAI 2012 (AHAD). Bermula jam 7.30pg sehingga 6.00ptg.

Karnival ini akan berlangsung di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) Kampung Gajah.

Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi satu pasukan. Setiap pasukan mestilah mempunyai 10 orang pemain termasuk 3 orang pemain simpanan.

Pasukan yang menjadi Juara akan membawa pulang hadiah RM1000.00 beserta trofi. Naib juara, tempat ketiga serta keempat juga akan mendapat hadiah wang tunai.

Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Salak, Kampung Gajah dan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak yang berada di Tingkat 1 Bangunan Arked MARA Kampung Gajah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6hb JULAI 2012 jam 4 petang. Sebarang pertanyaan hubungi Cikgu Zul 019-5905884 / Sdr Naim 012-9471784.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 2 Mei 2012

PERASMIAN HARI ANUGERAH PELAJAR SMK DATO SERI MAHARAJA LELA, KG GAJAH

KAMPUNG GAJAH - Pada 26hb APRIL yang lalu, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah dijemput bagi merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah.

Seramai 13 orang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah mendapat keputusan cemerlang 'straight A'.

Sewaktu perasmian Majlis Anugerah yang sama pada tahun 2011, Khairul Azwan telah berjanji akan memberi RM1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi PMR & SPM sebagai ganjaran atas kejayaan pelajar yang berusaha keras.

Kehadiran beliau pastinya telah dinanti-nantikan oleh 13 orang pelajar yang layak untuk mendapat
ganjaran seperti dijanjikan. Azwan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBUDR dalam ucapannya meminta agar Pihak Sekolah, PIBG dan PPD Perak Tengah agar mengadakan sebuah program agar pelajar-pelajar PMR yang berjaya akan kekal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM khususnya pelajar yang masih berada di SMKDSML.

Beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak, berjanji akan membiayai program tersebut dan beliau sendiri sudi hadir mambantu agar perlaksanaan dan matlamat program tercapai dengan jayanya.

Azwan juga menyeru agar ibubapa juga turut memainkan peranan dan turut serta hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak yang akan menyertai program tersebut.

Beliau juga turut berjanji akan meneruskan memberi hadiah serta ganjaran bagi pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi calun-calun PMR dan SPM tahun ini.


YPS™ ~ rasa nak ambik periksa PMR dan SPM lak. Lumayan tuh... Tahniah Boss atas semangat ingin melihat anak bangsa berjaya. Semangat inilah yang patut ada dalam jiwa seorang pemimpin.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 19 April 2012

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO (16 April 2012)


Saudara Khairul Azwan bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat berita mengenai kemalangan tersebut. Beliau turut membantu mengangkat mangsa dan bersama-sama rakan-rakan yang lain bergerak ke Hospital Kuala Kangsar sehingga urusan jenazah selesai. Beliau juga berjanji akan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

AL FATIHAH buat Allahyarham Meor Mahfuz.
Posted by Picasa

Sabtu, 14 April 2012

AL FATIHAH :Remaja Maut Selepas Hadiri Himpunan BN Plihan Orang Muda.

AL FATIHAH - Seorang remaja, Meor Mahfuz Meor Abdullah terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di KM 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada pukul 4.45ptg tadi.

Ketua Polis IPD Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa yang berasal dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Allahyarham dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke Lenggong selepas menghadiri Himpunan BN Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Khairul Azwan Harun selaku Ketua Pemuda UMNO/BN Perak serta seluruh anggota Pergerakan Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan Pemuda Umno Perak akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

YPS™ ~ bersimpati dengan apa yang berlaku. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan hambaNya yang beriman & beramal soleh.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 5 April 2012

PEMUDA BN PASIR SALAK LANCAR GERAK GEMPUR

Pada 8 Mac yang lalu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda BN Pasir Salak bagi menghadapi PRU13 yang bakal berlaku pada bila-bila masa.

Seterusnya baca di sini.

Ahad, 25 Mac 2012

PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD HILIR PERAK

KHAMIS 22hb MAC : Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun telah dijemput untuk merasmikan Penutup Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hilir Perak yang berlangsung di Kompleks Sukan Sabak Bernam.

Kejohanan tersebut terpaksa dianjurkan di Sabak Bernam yang terletak di Selangor kerana Teluk Intan tidak memiliki Padang Balapan.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak 3.7 juta bagi membina Kompleks Sukan Hilir Perak yang lengkap dengan Padang Balapan di SMK Sri Kandi, Teluk intan.

Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak akan cuba berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri agar pembinaan kompleks tersebut dapat dibina pada tahun ini.

Jumaat, 16 Mac 2012

ANWAR TERIMA DANA & KHIDMAT NASIHAT ASING

KUALA LUMPUR, 14 Mac – "Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.
"Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR."
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

"Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. – UMNO-Online

Isnin, 13 Februari 2012

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN RUMAH

PASIR SALAK: 12 FEB, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa JKK kampung Sejagop telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Rumah kepada En Mohamad Munir B. Cheri di Sejagop tengahari bermula jam 12.30pm. Majlis Penyerahan 'Mock-Key' telah disempurnakan oleh Saudara Khairul Azwan Dato Harun selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan mewakili YAB Menteri Besar Perak.

En Mohamad Munir B Cheri serta keluarga telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah beliau telah hangus dalam kebakaran sebulan yang lalu. Pengerusi JKKK Sejagop, Saudara Fadzir yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan mewakili En Mohamad Munir mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato Seri Zambry Abd Kadir atas keprihatinan dan kelulusan segera bantuan rumah ini. Ini adalah bukti bahawa masalah rakyat sentiasa berada di dalam agenda Barisan Nasional. Kini rumah baru En Munir sedang dalam pembinaan oleh kontraktor yang dilantik YBUDR.

Saudara Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak memberi jaminan bahawa kerja pembinaan dijangka siap dalam masa 3 minggu lagi. Dalam temuramah oleh media yang hadir, Saudara Khairul Azwan memaklumkan bahawa bagi tahun 2012, YBU telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan masih memerlukan dana
tambahan sebanyak RM2 Juta. “Tahun ni YBU dapat 4juta, dan kami masih
memerlukan dana tambahan sebanyak 2 juta khas bagi Projek Infra untuk menampung
dan menambah baik kos perumahan yang akan disumbangkan kepada golongan sasar
kami.”
“Setiap rumah baru yang dibina mencecah rm30,000 dan kos membaik pulih
rumah sehingga RM15,000”, jelas beliau. Tambah Azwan lagi, sepanjang YBU
diperkenalkan dan beroperasi selama tiga tahun, hampir 500 buah rumah baru dan
baik pulih telah dilaksanakan meliputi seluruh Negeri Perak bersamaan 10 Daerah
dan 59 Adun.

Pengerusi JKKK Sejagop, Saudara Fadzir