Rabu, 21 April 2010

Tanah Perkuburan Islam Dibersih Sebersih Bersihnya

PULAU PINANG, Pada 11 April yang lalu sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar.

Siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu.

Seharusnya ada pihak yang memantau kerja kerja pembersihan kawasan itu,mana khariah masjid? Mana majlis agama Islam? Saat ini semuanya sudah terlambat kerana batu nisan dibuang dan kubur sudah pun diratakan.


Kesilapan Melayu Islam sewaktu PRU12 yang lalu telah meninggalkan kesan yang cukup menghiris perasaan.. Perkuburan Islam sewenang-wenang di bersihkan tanpa ada pemantauan khusus dari Jabatan Agama Islam..

Mereka yang terlibat harus diambil tindakan!

LAGI PEMIMPIN PKR BERHIJRAH KELUAR DR PKR


HULU SELANGOR - Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Soraya Sulaiman, dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir semalam, mengumumkan keluar daripada parti itu.

Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita UMNO Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik semalam.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abd Kadir yang juga setiausaha ranting PKR Kampung Sengat, Bahagian Gopeng.

Soraya berkata, keputusan mereka untuk keluar parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang telah jauh tersasar daripada hala tuju sebenar.

“Setelah 10 tahun berjuang dan berkorban dalam parti, kami langsung tidak dihargai. Nasib wanita di Perak khususnya perlu dibela sebab itu saya pilih BN sebagai platformnya,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau turut menafikan mereka telah ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional (BN) untuk keluar daripada PKR.

Soraya turut mendedahkan bahawa lebih ramai anggota PKR Perak akan mengikut jejak langkah mereka untuk keluar parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, Saghazali berkata, beliau bertindak untuk keluar PKR kerana merasakan segala perjuangannya selama ini tidak pernah dihargai parti itu.

“Hasrat kami nak keluar parti tu dah lama, tapi hari ini difikirkan sebagai masa yang paling sesuai. Ini juga satu bonus bagi BN untuk mengalahkan PKR (dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor),” katanya. - Bernama

Sabtu, 17 April 2010

PROGRAM MEMBONGKAR RAHSIA siri 2



Pada 24hb Februari yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah berjaya mengadakan ceramah Pentas Pemuda. Tetapi Pemuda Pasir Salak membuat satu kelainan. Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak menukarkan panggilan Pentas Pemuda kepada MEMBONGKAR RAHSIA. Penceramah jemputan pada Program MEMBONGKAR RAHSIA yang lalu adalah terdiri dari mereka yang begitu rapat dengan Anwar Ibrahim iaitu Saudara Ezam Nor( Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan ),Saudara Zahid Mat Arip( Bekas Ketua AMK Pulau Pinang) dan Saudara Anuar Shaari( Bekas Setiausaha Anwar Ibrahim).

Pada 20hb APRIL 2010 nanti, MEMBONGKAR RAHSIA Siri 2 akan diadakan bertempat di Medan BAKAP, FELCRA Changkat Lada jam 9.00 malam. Kali ini, Saudara Fairus Khairuddin (mantan Timb Ketua Menteri Pulau Pinang) bersama Saudara Lokman Noor Adam adalah antara 2 penceramah yang telah memberi persetujuan untuk membongkar segala rahsia tentang Anwar Ibrahim pada 20hb nanti. Yang Berhormat Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Dato' Haji Tajuddin juga akan sama-sama membongkar serta mendedahkan visi politik Anwar Ibrahim.

Biarpun seluruh jentera UMNO seluruh negara sedang memberi tumpuan pada gerak kerja parti bagi menghadapi PRK di Hulu Selangor, UMNO Bahagian Pasir Salak akan meneruskan program ini. Warga Pasir Salak harus sentiasa didedahkan dengan perkembangan isu politik semasa dengan harapan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang.

Jika MEMBONGKAR RAHSIA Siri 1 di Chenderong Balai dihadiri melebihi 2500 orang, MEMBONGKAR RAHSIA Siri 2 kali ini dijangka akan menarik lebih dari 3000 orang untuk mendengar pendedahan tentang kebenaran siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Pemuda UMNO Pasir Salak yakin, hari ini rakyat telah mula sedar bahawa Anwar Ibrahim adalah PENGKHIANAT NEGARA..