Jumaat, 18 Disember 2009

Ahli Parlimen Ponteng Sidang Dewan Rakyat

Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.

“Dato' Seri Najib sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan akan menyusul tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya beliau perlu buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen.

HIJRAH

Sebuah cerita.. renung-renungkan apa yang tersirat di balik yang tersurat..

1. Sempena Maal Hijrah, saya ingin bercerita mengenai tiga ekor kera yang nakal. Walaupun nakal, tetapi mereka mahu juga melihat syurga. Oleh itu To Guru mereka memberitahu, kalau mahu melihat syurga, mereka perlu bertaubat. Nasihatnya lagi, mulai saat itu mereka mesti menutup mata, telinga dan mulut masing masing.
2. Kera pertama, si Pudin menutup matanya. Sitam, kera kedua memilih menutup telinga. Dan Bidin kera ketiga menutup mulutnya. Ketiga tiga kera itu meloncat kesukaan, kerana mereka fikir mereka akan segera melihat syurga.
3. Soalnya siapa yang keliru. Apakah Tok Guru kurang jelas memberi arahan? Atau kera bodoh nakal itu yang tidak faham? Bukankah Tok Guru itu mengarahkan tutup semua mulut, telinga dan mata masing masing. Ertinya ada 3 mulut, 6 telinga dan 6 mata yang mesti ditutup. Sedangkan ketiga tiga kera itu hanya menutup satu objek yang ada pada diri mereka. Ini bermakna masih ada 2 mulut, 4 mata dan 4 telinga yang masih bebas terbuka.
4. Cuba kita tanya ketiga tiga kera itu, antara telinga, mulut dan mata, mana yang paling kurang risiko berbuat jahat. Sitam, kera kedua menyatakan, menutup telinga paling kecil risikonya. Dengan menutup telinga, dia tidak lagi mudah digoda bisikan nafsu, rayuan politik, dan propoganda palsu. Dunia pun sudah terlalu bising. Termasuk bisingnya lagu rock dan dangdut.
5. Yang penting kata Sitam, mulut dan mataku bebas. Mataku masih boleh melihat perempuan seksi berahi dan gambar pornografi. Mulutku pula masih boleh mengunyah nikmat duit rasuah. Pokoknya, dengan mata dan mulutku, aku masih tidak kehilangan nikmat dunia. Dan syurga pun aku dapat juga.
6. Si Bidin kera ketiga yang memilih untuk menutup mulut bersetuju dengan Sitam. Dengan mata yang masih bebas, dia boleh membezakan mana dolar mana rupiah. Dan dengan telinga yang masih boleh mendengar dia boleh mendengar keluhan rakyat dan suara hati nurani rakyat. Katanya lagi, bagus juga mulutnya tertutup. Sekurang kurannya dia tidak mengumpat orang. Inikan zaman fitnah. Maka dia kurang dosa fitnah. Bukankah fitnah itu lebih zalim daripada membunuh?
7. Ya, ya, ya kata si Pudin kera pertama. Aku setuju, sambil dia menutup matanya. Menurutnya dengan menutup mata, dosanya lebih minima. Walaupun dunia gelap, tetapi hatiku terang kata si Pudin. Telingaku juga masih berkuasa. Telingaku adalah mataku. Yang penting mulutku adalah penyambung lidah demokrasi. Dengan mulutku, ku seru keadilan dan pembaharuan.
8. Pokoknya, kera kera itu, mereka melihat tetapi tidak mengerti. Mendengar tetapi tidak faham, berbicara tetapi tidak ada makna. Mereka patuh tetapi tidak taat sepenuhnya arahan Tok Guru. Tutup mata, mulut dan telinga semuanya.

Justeru, KALAU MAHU BERHIJRAH, BERHIJRAHLAH SEPENUHNYA. TINGGALKAN DOSA SEPENUH HATI.

Selamat Menyambut 'Maal Hijrah'.

Isnin, 23 November 2009

Menghadirkan UMNO dalam kehidupan seharian

Kita telah ketahui bahawa intipati perlembagaan yang menjadi teras kepada parti UMNO pula terpaksa diubahsuai untuk menampung segala kepincangan sikap sesetengah ahli-ahli UMNO ini.

Ia menunjukkan bahawa UMNO dan semangatnya yang terpaksa mengalah dan akur dengan kerenah ahli-ahlinya dan bukan sebaliknya.

Maka realitinya, pemfokusan UMNO sebenarnya ialah untuk menginsafi ahli-ahli yang selama ini menggunakan segala taktik kotor di dalam parti.

Dan perwakilan-perwakilan wajar membicarakan isu terpenting ini dengan lebih terperinci. Pemimpin-pemimpin tertinggi pula perlu proaktif dan telus di dalam mengenal pasti musuh di dalam selimut dan diadili oleh lembaga disiplin bebas.....

......Pembersihan di dalam UMNO perlu sebegini rupa supaya tidak ada sesiapa pun yang terlepas daripada tindakan undang-undang. Seperti kata Presiden UMNO, tidak ada siapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang.

Dalam masa yang sama, segala perbincangan di atas menyebabkan UMNO hari ini tampil sebagai parti yang sangat tertumpu kepada aspek politiking tanpa me-ngimbanginya dengan aspek-aspek lain di dalam kehidupan ini seperti aspek sosial.

Malah segala pindaan dan keributan yang berlaku sekarang boleh disalahtafsirkan oleh orang ramai dan digunakan sebagai umpan menagih sokongan oleh pihak pembangkang.

Memang benar kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah menyediakan pelbagai prasarana untuk rakyat Malaysia, tetapi saya rasa UMNO perlukan satu set penjelasan tugas (job description) yang berlainan daripada kerajaan.

Perlu ada satu garis pembeza yang nyata antara tanggungjawab dalam kerajaan ataupun syarikat dengan tanggungjawab sebagai pemimpin ataupun ahli-ahli UMNO. Saya rasa kekeliruan ini turut menyumbang kepada masalah di dalam UMNO hari ini. Ini kerana:-

a) Pemimpin-pemimpin UMNO mungkin menjalankan tugas di dalam kerajaan ataupun syarikat dengan baik tetapi mereka gagal untuk merapatkan diri dengan penduduk kawasan yang memilih mereka dengan alasan sibuk dengan tugas-tugas rasmi. Dengan itu, orang ramai akan terasa tersisih dan jauh hati dengan para pemimpin mereka.

b) Pemimpin disimbolkan sebagai orang yang sangat berkuasa, senang, dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk menyenangkan diri sendiri, keluarga dan saudara mara.

Persepsi ini dikuatkan lagi dengan penonjolan para pemimpin yang berkereta besar, berbaju mewah dan berumah besar. Malah pemimpin-pemimpin mampu untuk menyusuri jalan-jalan raya yang sibuk di negara ini tanpa terhenti-henti. Adalah naluri manusia untuk mengharapkan semua itu dan dalam masa yang sama naluri ini turut membawa budaya negatif ke dalam sesebuah komuniti, UMNO contohnya.

c) Pemimpin dipilih untuk mewakili ahli-ahli parti ataupun penduduk yang menyokong mereka. Tetapi, tanpa penjelasan tugas bertulis dan nyata, pemimpin-pemimpin tidak akan dapat membahagikan masa yang sama rata di antara tugas-tugas rasminya dengan kewajipannya untuk berada di dalam kelompok masyarakat yang memilih mereka, mengenal pasti dan bersama-sama menyelesaikan segala masalah, tanpa perlu melalui orang kanan mahupun sekretari.

d) Ahli-ahli UMNO pula tidak mempunyai satu garis panduan ataupun senarai semakan yang berkesan untuk menentukan pencapaian dan masa yang diluangkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut bersama-sama mereka.

Apa yang kelihatan hari ini ialah masa yang digunakan untuk perjumpaan dengan ahli-ahli akar umbi dan penduduk setempat merupakan slot-slot yang sangat kecil di dalam diari pemimpin-pemimpin kecuali di hari perayaan atau pun semasa pilihan raya.

e) Perancangan, penentu dan pelaksanaan tampak seolah-olah berkisar di peringkat atasan sahaja tanpa penglibatan secara langsung oleh ahli-ahli UMNO biasa. Ini mungkin menyebabkan mereka tawar hati dan rasa tidak diperlukan.

Seperkara lagi, apa yang kelihatan hari ini ialah UMNO terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti kerajaan untuk menonjolkan diri, tanpa sebenarnya menaikkan nama parti sebagai perintis di dalam mengusahakan sendiri pendekatan sosial parti. Terlalu sedikit kedengaran sesuatu usaha yang berlabelkan UMNO.

Malah segala aktiviti yang dijalankan oleh UMNO cawangan dan bahagian tidak mendapat publisiti meluas di kalangan orang Melayu sedangkan pihak-pihak yang bertanggungjawab boleh memanfaatkan media untuk menyebarkan segala bentuk aktiviti parti kepada orang Melayu.

Ini adalah kekurangan UMNO hari ini. Terlalu banyak politiking menyebabkan kita terlupa prioriti terpenting untuk orang Melayu itu sendiri.

Untuk membangkitkan kerelevanan UMNO di dalam orang Melayu, parti ini perlu wujud di dalam kitaran hidup seharian orang Melayu.

Pegangan orang Melayu kepada UMNO bukan dalam bentuk makro sahaja seperti biasiswa. Dasar-dasar kerajaan atau pun bantuan kewangan tetapi perlu juga dari segi holistik dan penumpuan berbentuk individualistik.

Birokrasi dan protokol-protokol rasmi perlu dikurangkan dan pemimpin-pemimpin harus mengalami suasana kehidupan ahli-ahli dan penyokong mereka dengan lebih serius dan ikhlas.

Ahad, 22 November 2009

SEJARAH PEMUDA UMNO

Siapakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini? Apakah ahli-ahli Pemuda UMNO hari ini benar-benar tahu dan menghargai evolusi Pemuda UMNO daripada permulaannya hinggalah ke hari ini?
Apakah kita benar-benar tahu sejarah Pemuda UMNO?Realitinya, amat sukar untuk kita mencari sumber atau rujukan mengenai sejarah Pemuda UMNO.

Penulis ingin berkongsi beberapa informasi mengenai Pemuda UMNO semoga kita lebih menghargai kewujudan sayap Pemuda UMNO serta bangga dengan pencapaian-pencapaian kepimpinan Pemuda sebelum ini.

Yang pentingnya ialah jika kita memahami sejarah, kita akan menjadi ahli Pemuda UMNO yang sangat menghargai visi dan perjuangan Pemuda UMNO.

Anda sekalian dijemput untuk berkongsi sebarang informasi mengenai sejarah Pemuda UMNO. Mungkin ada yang masih mempunyai buku-buku lama atau bahan rujukan di dalam internet atau pun suratkhabar lama yang boleh dikongsi bersama.

KETUA - KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

1. TUN HUSSEIN ONN (1949 - 1951)

2. TUN ABDUL RAZAK (1951)

3. TUN SARDON JUBIR (1951 - 1964)

4. DATUK SENU ABDUL RAHMAN (1964 - 1971)

5. DATUK HARUN IDRIS (1971 - 1976)

6. TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR (1976 - 1977)

7. DATUK HJ SUHAIMI KAMARUDDIN (1977 - 1982)

8. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (1982 - 1987)

9. DATUK SERI NAJIB RAZAK (87 - 93)

10. DATUK SERI RAHIM TAMBY CHIK (93 - 94)

11. DATUK ZAHID HAMIDI (94 - 99)

12. DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN (99 - 08)

13. KHAIRY JAMALUDIN (2008- KINI )

Beberapa fakta mengenai sejarah Pemuda UMNO Malaysia:-

1. Pemuda UMNO Malaysia tidak ditubuhkan serentak dengan UMNO Malaysia. Sayap tersebut 'lahir' 3 tahun selepas tahun 1946.
2. Kapten Hussein Onn merupakan ketua Pemuda UMNO yang pertama. (1949 - 1951)
3. Ketika itu, UMNO diterajui oleh Datuk Onn Jaafar, ayah kepada ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kapten Hussein waktu itu pula, baru sahaja pulang dari medan perang di India.
4. Tatkala itu, visi Pemuda UMNO tertumpu kepada menyokong badan induk di dalam menyatupadukan organisasi Melayu untuk menentang penjajah.
5. Kapten Hussein dilihat sebagai calon yang terbaik untuk menerajui Pemuda UMNO memandangkan beliau mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengumpulkan pemuda-pemuda Melayu. Datuk Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin dan pejuang yang sangat dihormati oleh orang Melayu ketika itu dan Kapten Hussein dianggap 'kalau kuah tak tumpah ke nasi ke mana lagi' dan 'bapa borek anak rintik'.
6. Kapten Hussein sewaktu menjadi ketua tidak banyak mencetuskan isu-isu politik yang menarik perhatian. Tetapi ianya tertumpu kepada usaha meluaskan sayap pergerakan ke seluruh negara dibuat. Jentera parti juga diperkukuhkan.
7. Pendeknya, kejayaan Kapten Hussein ialah mengasas. Tapi itu sekadar perjuangan.
8. Kapten Hussein tidak lama menjadi ketua. Beliau terpaksa meninggalkan jawatan kerana beliau dilantik di dalam badan induk untuk menjadi Setiausaha Agung parti UMNO.
9. Pemergian Kapten Hussein telah diganti oleh Tun Abdul Razak.
10. Perlantikan Tun Abdul Razak sungguh menarik. Walau pun berpengalaman, beliau nampaknya tidak berminat untuk berjuang dalam Pemuda sahaja.
11. Beliau hadir sama bila pemilihan dibuat. Tapi bukan sebagai perwakilan, cuma menjadi pemerhati sahaja. Di dalam proses mesyuarat itu, ada perwakilan yang mencadangkan nama Tun Razak sebagai ketua. Dan pencalonannya disokong dan tidak ada tentangan diberikan.
12. Perwakilan merasakan Tun Razak boleh menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu sayap parti yang berkesan. Tun Razak sudah memperlihatkan kecenderungan dalam politik sejak menuntut lagi.
13. Beliau seorang aktivis pelajar dan menubuhkan MALAYA FORUM di London, England.
14. Waktu di England, beliau menganggotai Parti Buruh dan aktif di dalam parti yang berhaluan kiri itu.
15. Tun Razak juga sudah biasa menghadiri sidang antarabangsa. Performancenya dalam sidang tersebut agak mengkagumkan. Beliau pernah mewakili Malaya ke persidangan Pertubuhan Belia Dunia di Brussels.
16. Walaubagaimana pun, Tun Razak merasakan adalah lebih baik jika beliau terlibat secara langsung dengan badan induk kerana beliau berpandangan adalah lebih berkesan jika beliau berada di badan induk UMNO.
17. Satu lagi proses pertukaran tampuk kepimpinan Pemuda berlaku dan ianya juga sungguh menarik.
18. Tun Razak menjadi ketua Pemuda untuk tempuh kurang daripada setahun sahaja (1951)
19. Persefahaman tercapai dengan Tun Sardon yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Tun Razak bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Tun Sardon menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-3
20. Tun Sardon memegang tampuk kepimpinan Pemuda tatkala negara sedang di dalam proses memperjuangkan kemerdekaan. Makanya, agenda utama Pemuda UMNO ketika itu ialah membebaskan Malaya daripada cengkaman penjajah.
21. Tun Sardon merasakan cogankata UMNO: HIDUP MELAYU tidak sesuai lagi. Beliau merasakan bahawa cogankata MERDEKA lebih sesuai disebabkan senario negara ketika itu.
22. Akan tetapi, cogankata itu telah digunakan oleh parti PKMM (seteru politik UMNO) yang telah diharamkan oleh Inggeris dan Datuk Onn tidak setuju dengan cogankata itu kerana telah dipakai oleh PKMM.
23. Oleh kerana berlaku perbezaan pendapat, perkara ini telah diserahkan kepada perwakilan untuk dibincang dan diputuskan.
24. Perwakilan bersetuju dengan cogankata MERDEKA dan pada tahun 1951, cogankata tersebut telah digunakan. Perjuangan menuntut kemerdekaan diteruskan dan negara kita merdeka pada 31hb Ogos 1957.
25. Di era Tun Sardon juga, Pemuda UMNO memainkan peranan penting dalam mempertahankan sebarang tuduhan yang dolemparkan oleh negara jiran, Indonesia ke atas pemimpin negara tatkala berlakunya konfrontasi dengan negara tersebut.
26. Satu lagi kejayaan jelas Pemuda di bawah Tun Sardon ialah pengemblengan semangat kepada pimpinan. Pemuda UMNO diberi peranan untuk berbaris di dalam sesuatu program.
27. Walau pun kegiatan berbaris itu di pandang kecil oleh sesetengah pihak tetapi ia sebenarnya dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahlinya. Hingga sekarang, kegiatan ini diteruskan dan sudah menjadi tradisi.
28. Di era Tun Sardon juga perlembagaan dipinda untuk tidak membenarkan lagi mereka yang lebih 40 tahun bertanding untuk apa jua jawatan di dalam Pemuda UMNO.
29. Bagaimana pun jawatan utama ketua Pemuda dikecualikan.
30. Perlembagaan untuk menghadkan umur Pemuda UMNO dipinda semasa era Tun Sardon kerana tempoh Tun Sardon dan Datuk Ahmad Badawi menjadi ketua dan naib ketua adalah terlalu lama (1951 - 1964).
31. Anggota-anggota Pergerakan merasakan perlu untuk membuat perubahan, terutamanya setelah melihat bahawa Tun Sardon dan rakan-rakannya tidak berapa mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan masa.
32. Era Tun Sardon juga terlalu ramai tokoh yang lebih daripada 40 tahun yang menduduki jawatankuasa pergerakan.
29. Dan buat pertama kalinya di dalam kepimpinan beliau, berlaku pemilihan ketua Pemuda UMNO pada tahun 1964.
30. Beberapa tokoh UMNO telah bertanding iaitu Datuk Senu Abdul Rahman, Haji Sulaiman Palestine dan Tan Sri Khalid Awang Osman tetapi Sulaiman dan Khalid menarik diri pada saat terakhir dan memberikan sokongan kepada Senu.
31. Datuk Senu menang dan telah menjadi ketua Pemuda yang ke-4. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO.
32. Satu perkara yang dilakukan oleh Ketua Pemuda ke-4, Datuk Senu, yang pada mulanya dianggap aneh ialah mengadakan pasukan sukan dan muzik dalam pergerakan tersebut.
33. Perkara tersebut dianggap tidak selari dengan perjuangan politik dan tidak boleh mengembang daya fikiran dan alam intelektualisme.
34. Bagaimana pun, Datuk Harun dan Datuk Musa terus menyambung malah menyuburkan kegiatan Datuk Senu itu.
35. Pemuda UMNO mempunyai pasukan bolanya sendiri, ahli-ahlinya aktif sehingga diadakan pula acara sukan tahunan.
36. Pemuda UMNO juga mempunyai pasukan angklungnya sendiri dan mengambil bahagian didalam peristiwa-peristiwa yang memerlukan bakti mereka.
37. Kejayaan besar Datuk Senu ialah melahirkan revolusi mental dan pemuda tahan lasak bagi mengubah fikiran orang Melayu. Walaubagaimana pun, buku REVOLUSI MENTAL cetusan Datuk Senu dan intelek-intelek muda UMNO itu tidak banyak dibaca orang, khususnya orang-orang parti sendiri. (klik di sini mengenai buku Revolusi Mental...)
38. Sesetengah pihak pula menganggap bahawa buku REVOLUSI MENTAL telah mendedahkan kelemahan orang Melayu kepada bangsa lain.
39. Mengapa Datuk Senu 'overlook' akan perkara ini tidak pula ada kalangan yang mahu ambil tahu.
40. Datuk Senu tahu tugasnya tersebut tidak mudah dilaksanakan. Dia juga tahu latar belakang sosio-ekonomi bangsanya itu akan mematahkan usaha mengubah revolusi mereka.
41. Tun Sardon dan Datuk Senu menjadi menteri sewaktu mereka menjadi Ketua Pemuda. Adalah ketara mereka tidak mampu menjadi 'trouble-shooter' atau mengkritik dan mengecam serta menegur mana-mana perjalanan yang dirasakan tidak betul baik dalam parti atau pun kerajaan.
42. Ketua Pemuda ke-5, Datuk Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor, dilihat sangat hebat kerana bertindak radikal dan sebagai 'watchdog' kerana beliau tidak menjawat sebarang jawatan di dalam kabinet ketika itu.
43. Datuk Harun tidak pernah melobi sesiapa untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang terpaksa dikosongkan oleh Datuk Senu pada tahun 1971.
44. Datuk Senu terpaksa melepaskan jawatan itu kerana dia telah di lantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru.
45. Dua calon popular untuk merebut jawatan ketika itu ialah Datuk Ali Hj. ahmad dan Datuk Musa Hitam. Datuk Ali adalah Naib Ketua Pemuda dan disokong oleh kumpulan lama di dalam UMNO dan Datuk Musa Hitam menjadi pujaan golongan terpelajar dan golongan UMNO yang mahukan perubahan.
46. Kedua-dua pemimpin dan rakan-rakan mereka saling menyulitkan politik masing-masing.
47. Dalam kekusutan itulah tiba-tiba satu cawangan UMNO dari Kota Baru, Kelantan, telah mencadangkan nama Datuk Harun untuk menjadi Ketua Pemuda. Datuk Samad Idris yang juga dicalonkan telah menarik diri dan menyatakan sokongannya kepada Datuk Harun.
48. Datuk Musa segera mengadakan rundingan dengan Datuk Harun dan kerjasama terjalin. Datuk Musa bersetuju untuk menjadi Naib Ketua Pemuda.
49. Perebutan jawatan kali ini turut melibatkan Tunku Abdul Rahman dan juga beberapa tokoh UMNO seperti Datuk Ali dan Datuk Shariff Ahmad.
50. Tun Razak sendiri tertarik dengan Datuk Harun yang sudah melihat keupayaan Datuk Harun menghadapi soal 13 Mei.
51. Ramai yang cuba menyatakan kepada Tun Razak bahawa kemenangan Datuk Ali lebih baik bagi perpaduan . Tetapi Tun Razak lebih yakin dengan daya pimpinan Datuk Harun.
52. Latar belakang inilah kemudiannya memberikan peluang kepada Datuk Harun menjadi Ketua Pemuda dan untuk selama lima tahun telah mencatat satu sejarah yang begitu mempersonakan Pemuda UMNO!
53. Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Datuk Harun amat disegani, dihormati, lantang dan juga ada pihak yang sangat iri hati dengan ketokohan beliau.
54. Imej yang dapat ditunjukkan oleh Datuk Harun ialah Jawatankuasa pusatnya mampu menjadi penegur yang berkesan terhadap apa juga penyelewengan dan kelemahan.
55. Mereka sangat efektif. Badan itulah penyokong kerajaan. Mereka jugalah pressure group dan trouble shooter.
56. Antara perkara awal yang diusahakannya ialah beliau secara lantang membawa kembali Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO. Dr Mahathir telah dipecat oleh Tuanku dan Tun Razak kerana kelantangan beliau mengkritik pemimpin-pemimpin UMNO.
57. Datuk Harun dan beberapa orang kawannya telah pergi mengunjungi Dr Mahathir di Alor Setar. Dia merasa amat sulit untuk menemui Dr Mahathir yang ketika itu tidak begitu berminat untuk melayan usaha mengembalikan dirinya ke dalam UMNO.
58. Mengapa Dr Mahathir bersikap demikian kurang difahami. Tetapi boleh jadi beliau kecil hati dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO masa itu.
59. Bagaimana pun, Datuk Harun pergi juga mencarinya dan terpaksa menunggu beliau.
60. Akhirnya, Dr Mahathir mahu juga berunding dengan dengan Datuk Harun. Setelah beberapa rundingan, Dr Mahathir bersetuju.
61. Setelah Datuk Harun memperjuangkan masaalah beliau dalam majlis tertinggi UMNO, UMNO akhirnya menimbangkan perkara itu. Dr Mahathir membuat permohonan dan beliau akhirnya kembali ke dalam UMNO.
62. Meski pun Dr Mahathir ketika itu sudah mampu membuat kenyataan-kenyataan politik yang tegas dan lantang termasuk kemampuannya menghasilkan buku 'The Malay Dilemma', tetapi apabila kemudiannya beliau menjadi Timbalan Perdana menteri dan seterusnya Perdana Menteri, peranan Datuk Harun dan Pemuda UMNO yang berusaha memujuk Dr Mahathir ketika itu merupakan satu catatan sejarah yang perlu diingati oleh setiap generasi di negara ini.
63. Satu lagi perkara yang menjadikan era Datuk Harun 'phenomenal' ialah kemampuan Pemuda UMNO yang menggesa kerajaan menjadikan akhbar 'Straits Times' milik syarikat dalam negeri. Sebelum itu, akhbar itu adalah milik syarikat asing.
64. Sebelum ini, usaha untuk memecahkan monopoli Straits Times sudah banyak diperkatakan oleh tokoh-tokoh nasionalis tetapi tiada satu cadangan yang konkrit san selari dengan undang-undang yang dapat menyelesaikan perkara itu.
65. Datu Harun dan Datuk Musa Hitam, Naib Ketua Pemuda UMNO, telah mengemukakan satu dasar yang meliputi semua perusahan - Syarat Pelaburan Nasional iaitu majoriti milik sahamnya mesti dipegang oleh modal dalam negeri.
66. Dengan dasar itu, bukan sahaja Straits Times boleh dimiliki oleh pemodal dalam negeri tetapi tidak ada syarikat asing berhak mengendalikan perusahan akhbar di negara ini lagi.
67. Dengan dasar itulah kumpulan akhbar 'New Staris Times' kini menjadi milik pengusaha dalam negeri.
68. Pemuda UMNO dipimpin oleh Datuk Jarun sama masanya dengan kelahiran Dasar Ekonomi Baru Tun Razak. Kegiatannya hampir sama panjangnya dengan tempoh perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua.
69. Dengan itu, sesudah Pemuda UMNO disusun sebagai sebuah pergerakan politik, lengkap dengan tugas tiap-tiap jawatankuasa pusatnya, badan itu menyusun barisan pimpinan di tiap-tiap peringkat.
70. Regu Datuk Harun dan Datuk Musa telah menjelajah ke setiap negeri menyusun berisan pimpinan di peringkat negeri. Dari situ mereka menyusun barisan di peringkat Bahagian dan cawangan.
71. Dengan penyusunan inilah membolehkan munculnya bakat-bakat pemimpin di pelbagai tahap. Di antaranya ialah Datuk Muhamad Rahmat yang diberi potfolio Pengerusi Sukan Pemuda UMNO walau pun ketika itu, beliau menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Pelajaran.
72. Mengapa beliau tidak tidak potfolio Pengerusi Pelajaran di dalam Pemuda UMNO memandangkan jawatan beliau di dalam kementerian Pelajaran? Tetapi Datuk Harun memikir jauh.
73. Datuk Harun memandang bahawa Datuk Muhammad tentunya terikat daengan banyak peraturan dan tidak dapat menjalankan peranan sebagai trouble shooter bagi pihak Pemuda UMNO.
74. Sebagai orang dalam Muhamad Rahmat sudah tidak bebas lagi untuk memperkatakan masalah di kementeriannya. Peranan trouble shooter itu lebih mudah dijalankan oleh orang luar yang bebas.
75. Dengan pimpinan kolektif ini Pemuda UMNO sering mengadakan pertemuan-pertemauan dengan mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi menyatakan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang mereka patut ditegur atau dibetulkan.
76. Datuk Harun dan Pemuda UMNO ketika itu juga lantang menegur kelemahan pengangkutan kapal yang membawa para haji ke Mekah di sekitar tahun 1971-1972 dan juga syarikat penerbangan MAS.
77. Tatkala itu, Beliau berdepan dengan beberapa pemimpin UMNO yang lain yang terlibat secara langsung di dalam kementerian ketika itu dan juga mereka yang mempunyai kepentingan busines.
78. Dan satu lagi muslihat ialah Pemuda UMNO mahu memisahkan UMNO dengan badan-badan yang dilibati oleh orang UMNO. Seperti kes kapal haji itu, meskipun ia perniagaan yang diselenggarakan oleh orang-orang yang kebetulannya menjadi pemimpin UMNO, kelemahan penyelanggaran perkhidmatan tersebut akan disalah ertikan seperti UMNO tidak efektif, padahal UMNO tidak ada kena mengena dengan perkara itu.
79. Dengan itu, masyarakat tidak akan memandang buruk sangka terhadap parti.
80. Hal ini menimbulkan perselisihan sesama pemimpin UMNO. Tetapi ternayata pemimpin-pemimpin itu dapat megatasinya dan Datuk Harun bertindak bijak dengan tidak menunjukkan bahawa beliau memusuhi pemimpin-pemimpin itu.
81. Maksudnya, Datuk Harun cuba mengamalkan politik liberal, menegur ketika perlu dan bekerjasama dengan sesiapa saja dalam kerja-kerja kebajikan.
82. Imej Pemuda UMNO terus menjadi perhatian bila ia memperjuangkan perlaksanaan penyusunan semula masyarakat dalam beberapa badan berkanun yang didapati kurang penyertaan Bumiputera seperti MAS, EPF dan sebagainya. Banyak pihak swasta dan separuh kerajaan juga ditegur keras untuk mengikuti aspirasi DEB ketika itu.
83. Teguran-teguran Datuk Harun dan Pemuda UMNO ini selalu menjadi perhatian. Nama Pemuda UMNO menjelma kepada satu imej yang tersendiri sehingga ia ditakuti oleh banyak pihak.
84. Keadaan seperti ini menyebabkan keyakinan orang ramai kepada Pemuda UMNO kian baik dan jika mereka menerima soal penindasan dan tidak puas hati, Pemuda UMNO tidak pula teragak-agak untuk membuat penyiasatan dan tindakan.
85. Gerakan 4B yang ditubuhkan di setiap ceruk rantau adalah badan yang sentiasa menyokong Pemuda UMNO. Dan juga kumpulan silat gayung.
86. Pemuda UMNO juga telah menrokai penglibatan dalam bidang ekonomi.
87. Satu daripada kejayaan besar yang diusahakan ialah syarikat Insurans TALASCO. Perkataan TALASCO itu bermaksud "Tahan Lasak Company". Tahan Lasak ialah istilah politik Pemuda UMNO yang diketengahkan oleh Datuk Shariff Ahmad.
88. Pemuda UMNO telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya menubuhkan syarikat insurans yang sebelum itu tidak dapat dikendalikan oleh orang-orang Melayu.
89. Penubuhan TALASCO diharapkan dapat dipimpin dan disokong oleh orang-orang Melayu lain supaya Pemuda UMNO boleh meneruskan dan memfokuskan usaha kepada kegiatan lain.
90.Datuk Harun juga diberikan tugas memimpin Bank Rakyat yang ketika itu dimodali 100% oleh nelayan dan petani Melayu. Bank ini bukan kepunyaan Pemuda UMNO tetapi imej yang ditunjukkan oleh Datuk Harun dalam Pemuda UMNO menyebabkan pelabur dalam dan luar negeri sanggup menanam modal.
91. Keyakinan yang sangat tinggi itu juga telah mencambahkan pelbagai jenis perusahan kecil dan sederhana orang Melayu terutamanya di Selangor yang turut dipelajari oleh negeri-negeri lain seperti negeri Pulau Pinang yang ketika itu bergelut dengan soal masa depan.
92. Pokoknya, imej Datuk Harun sangat kuat, berpengaruh dan dipuji oleh orang-orang Melayu.
93. Justeru itu, badan=badan lain merasa tidak senang dengan pengaruh Pemuda UMNO yang kian meninggi itu. UMNO sendiri merasakan bahawa imej Pemuda UMNO sudah mengatasinya!
94. Pemuda UMNO sudah tidak dapat disekat-sekat daripada mencari bidang kemajuan baru dari semasa ke semasa dan beberapa pihak mula merasakan bahawa takut bahawa tempoh kepesatan Pemuda UMNO itu nanti boleh mengancam kedudukan UMNO sendiri.
95. Seorang pemimpin UMNO pernah melontarkan kekhuatiran bahawa imej Pemuda UMNO ini seperti 'parti UMNO di dalam parti UMNO'!
95. Seorang pemimpin UMNO pernah melontarkan kekhuatiran bahawa imej Pemuda UMNO ini seperti 'parti UMNO di dalam parti UMNO'!
96. Munculnya Datuk Harun di tengah-tengah pertubuhan UMNO mulai pada tahun 1971 dan selepas peristiwa 13 Mei adalah satu detik sejarah penting bukan sahaja bagi Pemuda UMNO malah bagi politik neagara ini umumnya.
97. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak negara ini mengenal politik moden, sebuah gerakan politik sepertinya dapat diterima dan dengan baik oleh badan politik saingannya terutama oleh pertubuhan politik Melayu sendiri.
98. Tetapi hakikat ini berlaku bagi Pemuda UMNO itu dapat dikenali oleh dunia termasuk masyarakat umum di barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada.
99. Kejayaan Datuk Harun membawa pertandingan Kejuaran Tinju Sedunia di antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1hb Julai 1975 telah menarik minat banyak badan kebajikan di seluruh dunia untuk mengenali Pemuda UMNO dan Datuk Harun.
100. Malah, pernah satu pasukan skating Amerika Syarikat yang terkemuka telah meminta Datuk Harun menganjurkan pertunjukkannya di Kuala Lumpur.
101. Krisis mula berlaku dalam UMNO berikutan dengan popuariti Pemuda UMNO ini. Datuk Harun nampaknya terlalu besar untuk dihadapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
102. Walau pun beliau mulanya mahu memimpin untuk satu jangka waktu yang pendek sahaja, tetapi Pemuda UMNO sudah merasakan tempoh pimpinannya harus diperpanjangkan.
103. Datuk Musa mengusahakan satu cara untuk mengekalkan kepimpinan Datuk Harun.
104. Walaubagaimana pun, tuduhan demi tuduhan terus dibuat bahawa Datuk Harun tidak memberi peluang kepada Datuk Musa.
105. Tuduhan itu sama seperti yang dibuat terhadap Tunku Abdul Rahman yang tidak mahu bersara daripada Perdana Menteri dan tidak memberi peluang kepada TUN Abdul Razak.
106. Proses pemilihan berlaku pada tahun 1974 tetapi Datuk Harun masih mendapat sokongan kuat daripada Pemuda UMNO.
107. Akhirnya beliau diminta bertugas ke Bangsa-bangsa Bersatu. Ramai yang berpendapat bahawa tujuan tersebut ialah untuk memisahkan Datuk Harun daripada Pemuda UMNO.
108. Datuk Harun enggan pergi dan Pemuda UMNO menyatakan sokongan mereka terhadap langkah Datuk Harun itu.
109. Walaubagaimana pun, sejarah politik Datuk Harun di dalam Pemuda UMNO terhenti apabila beliau telah dipecat daripada UMNO.
110. Keghairahannya dalam mempromosikan sukan telah membawa kepada kejatuhannya. Walaupun perlawanan tinju di antara Muhamad Ali dan Joe Bugner itu telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah arena sukan antarabangsa, beliau kemudiannya disabitkan bersalah kerana rasuah. Perbuatan rasuah itu disebabkan oleh tekanannya untuk membiayai kerugian yang amat besar daripada penganjuran perlawanan tinju tersebut
111. Terdapat pelbagai cerita berikutan penuduhan rasuah ke atas Datuk Harun tetapi kebanyakkannya tidak didokumenkan dengan jelas dan tepat.
112. Pemecatan Datuk Harun itu juga telah menyebabkan Pemuda UMNO terpaksa memilih pemimpin baru yang kuat dan yang dapat menaikkan kembali imej Pemuda UMNO yang tercalar dek kes Datuk Harun.
113. Selepas pengunduran mengejut Datuk Harun, calon yang dilihat paling berkaliber dan mampu untuk menerajui Pemuda UMNO ketika itu ialah Datuk Musa Hitam.
114. Sebagai Naib Ketua Pemuda semasa kepimpinan Datuk Harun, Datuk Musa Hitam telah menunjukkan kemampuan beliau sebagai pemimpin yang berfikiran jauh dan sering memastikan mesyuarat-mesyuarat Pemuda UMNO berjalan dengan profesional dan tertib.
115. Yang menimbulkan tanda tanya ialah walau pun beliau telah mendapat sokongan yang kuat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru tetapi beliau menolak pencalonan tersebut!
116. Di sini penulis sertakan beberapa keratan kenyataan Datuk Musa mengenai keputusan beliau itu (ditulis pada tahun 1976) :-
"Parti kita, UMNO dalam menjelajah usia 30 tahun (1976) tidak dapat tidak, dengan sendiri atau didorong oleh kehendak para anggotanya atau visi masa depan yang diutarakan oleh para pemimpinnya, telah mengalami beberapa bentuk perubahan.
Kita telah mengalami perubahan daripada segi barisan pimpinannya.
Kita telah mewarisi jenis dan cara kepimpinan yang kian berubah...
... UMNO tidak akan mengekalkan sokongan rakyat walau bagaimana bulatnya sokongan para anggota UMNO terhadap parti atau pemimpinnya, jika krisis dan keyakinan rakyat terhadap kita telah merebak sehingga orang menganggap kita sebagai barah yang harus dibedah atau dibuang akar umbinya daripada perhitungan hidup dan politik negara.
Krisis serupa ini yang telah dibiarkan tanpa diubati menyebabkan banyak parti politik di beberapa buah negara lain menggali kuburnya sendiri...
..Satu perkara yang merunsingkan saya ketika ini dan turut mendorongkan saya tidak bertanding bagi bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan mungkin terpaksa berhati-hati sama ada hendak bertanding bagi jawatan-jawatan penting parti yang lain pada masa depan ialah dengan timbulnya pihak-pihak yang telah menunjukkan mereka terlalu ambitious dan sanggup bertindak dengan apa cara pun tanpa mengira tatasusila asalkan mereka dapat menang dan berjaya mengambil alih teraju pimpinan parti....
...Saya tidak sanggup berkomplot; saya tidak sanggup menghulurkan kemudahan atau perks, misalnya dengan memberi derma yang besar-besar atau pun lesen dan sebagainya di luar perhitungan dan susunan atau peraturan yang biasa untuk mendapatkan sokongan..
....Kepada saya, perlumbaan untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi tanpa mengira apa cara pun adalah perkembangan yang tidak sihat dan boleh merosakkan parti.
Kepada saya, dalam konteks ini, 'the end does not justify the means'....
...Saya ingin menyeru dan menggesa saudara-saudara sekalian supaya terus memberi perhatian kepada perjuangan parti, memastikan supaya segala perkembangan berlandaskan kepada asas serta pemikiran yang sihat dan dapat menjamin keutuhan parti.
Semoga segala dasar yang kita tentukan bersama dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh kita serta rakyat sekalian. "

117. Walau pun kita menerima kenyataan Datuk Musa seperti di atas, penolakan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO (walau pun beliau berpeluang besar untuk menang) merupakan satu persoalan yang masih tidak terjawap penuh sehingga hari ini kecuali jika Datuk Musa Hitam mahu berkongsi pengalaman beliau dengan generasi hari ini.
118. Dalam masa yang sama, kita perlu sangat risau dengan kenyataan Datuk Musa Hitam yang mengatakan :-
"Saya tidak sanggup berkomplot; saya tidak sanggup menghulurkan kemudahan atau perks, misalnya dengan memberi derma yang besar-besar atau pun lesen dan sebagainya di luar perhitungan dan susunan atau peraturan yang biasa untuk mendapatkan sokongan."
119. Kenyataan mengenai derma yang besar-besar, menghulurkan kemudahan atau perks yang berusia 32 tahun (1976) itu merupakan satu isu yang sering kita dengar hari ini terutamanya di masa pemilihan pimpinan tertinggi UMNO!
120. Ianya serupa dengan rasuah politik/politik wang yang kita sedang giat perangi hari ini.
121. Nama TS Syed Jaafar Albar mula-mula dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia oleh UMNO Beruas, Perak sebagai bentuk provokasi.
122. Akan tetapi pencalonan tersebut telah mendapat sambutan daripada bahagian-bahagian lain sungguh pun Syed Jaafar sudah berusia 62 tahun ketika itu.
123. Pada mulanya, Syed Jaafar tidak berminat dan berpendapat bahawa Datuk Musa Hitam adalah calaon yang terbaik untuk menggantikan Datuk Harun Idris. Selain daripada itu, terdapat beberapa tokoh lain yang berkemampuan seperti Datuk Mohamad Rahmat, Datuk Syed Nahar Shahbudin, Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk Mansor Osman dan Tengku Ahmad Rithaudeen.
124. Salah satu sebab Syed Jaafar menukar fikiran dan bersetuju untuk bertanding adalah kerana sebuah rencana di dalam Utusan Melayu pada 5 Jun 1976 yang mencabar beliau supaya tidak bertanding.
125. Syed Jaafar dikenali sebagai 'Singa UMNO' kerana kelantangan dan keberanian beliau untuk menyelar sesiapa sahaja yang dikira berbahaya untuk UMNO dan dia bukan sahaja sekadar bercakap tetapi sanggup menggunakan tenaga demi kepetingan maruah parti dan kerajaan partinya. Beliau juga amat lantang ketika pemisahan Singapura daripada Malaysia.
126. Di dalam temuramah di dalam Utusan Melayu pada 18 Jun 1976 beliau mengemukakan 3 sebab utama yang mendorong beliau untuk bertanding di sebalik umur beliau yang berusia 62 tahun.
- Menjadikan Pergerakan Pemuda sebagai tenaga penyatu bagi perpaduan dan keutuhan UMNO
- Berusaha untuk merapatkan lagi perhubungan di antara Pemuda UMNO dan badan induk untuk kepentingan parti dan negara.
- Memastikan Pemuda UMNO akan terus dijadikan kuasa yang diambilkira dalam semua kegiatan terutamanya politik dan ekonomi.
127. Kemenangan Syed Jaafar menewaskan Muhammad Rahmat jelas menunjukkan bahawa Syed Jaafar merupakan satu-satunya tokoh UMNO yang mampu memimpin Pemuda setelah zaman kegemilangan Pemuda di bawah Datuk Harun Idris.
128. Syed Jaafar juga telah menjadikan diri beliau sebagai 'jambatan' untuk memperbaiki hubungan Pemuda dengan pucuk kepimpinan badan induk yang tidak berapa manis semasa kepimpinan Datuk Harun Idris.
129. Beliau mengepalai Exco Pemuda untuk mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dalam UMNO termasuk Perna Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain.
130. Jelas bahawa pertemuan-pertemuan tersebut telah berjaya merapatkan kembali kerenggangan yang terwujud semasa pimpinan Datuk Harun.
131. Syed Jaafar mahukan Pemuda yang aktif melontarkan pandangan dan kritikan, bukan untuk berkonfrontasi tetapi untuk kebaikan.
132. Beliau juga mengisytiharkan bahawa Pemuda dibawah pimpinannya akan menjadi 'ginger group' dan bukan lagi pressure group seperti di bawah Datuk Harun.
133. Akan tetapi, jelas bahawa perubahan itu hanya pada nama sahaja kerana peranan Pemuda untuk menegur pelaksanaan dasar-dasar kerajaan tetap diteruskan! Suara Syed Jaafar mengenai banyak perkara, sama lantangnya dengan suara Datuk Harun.
134. Beliau juga meneruskan tradisi Datuk Harun iaitu menjelajah dari satu negeri ke satu negeri untuk menemui pemimpin-pemimpin UMNO negeri, berbincang mengenai parti dan sebagainya. Seluruh Exco pusat turut serta di dalam program tersebut.
135. Walaubagaimana pun, Syed Jaafar kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1977 kerana diserang penyakit jantung.
136. Pemergian mengejut beliau amat tidak diduga dan ketika kepimpinan beliau masih diperlukan lagi.
137. Akhbar Mingguan Malaysia (16 Januari 1976) telah menulis "Satu hakikat yang perlu diakui ialah bahawa Allahyarham semasa hayatnya tidak jemu-jemu berjuang walau pun usianya sudah meningkat dan sepatutnya bersara...... Dan detik yang perjuangan yang paling hebat baginya ialah ketegasannya menentang pemisahan Singapura dari Malaysai dan kemuncak perjuangan politiknya ialah kepulangan beliau ke ribaan parti sebagai Ketua Pemuda UMNO secara yang tidak disangka-sangka..."

Rabu, 7 Oktober 2009

PAS era Baru


Pas kini mempunyai 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 23 Anggota Parlimen.

Namun begitu dalam keghairahan mereka menyambut kemenangan di luar jangkaan pada pilihan raya umum lalu, ahli-ahli Pas juga harus memahami bahawa prinsip perjuangan mereka semakin terhakis.

Pas kini mahu tidak mahu sudah dilihat sanggup mengorbankan segala-galanya demi merebut kekuasaan politik dan lebih buruk lagi sanggup duduk semeja dengan pihak yang sebelum ini dianggap kalau berkawan boleh menjadi kafir.

Sememangnya, penulis menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat memilih pemimpin Pas menjadi YB dan mengundi parti itu untuk memerintah Kedah, menjadi Menteri Besar di Perak serta terus berkuasa di Kelantan.

Malah penulis juga menghormati keputusan rakyat menerima kesepakatan pemimpin-pemimpin Pas untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi memerintah Selangor.

Tetapi apa yang hendak diperingatkan ialah bagaimana Pas kini semakin lari daripada prinsip perjuangannya.

Dalam satu surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dalam ruangan Forum pada Jumaat lalu, seorang pembaca yang menamakan dirinya sebagai Pa'Sheikh menggariskan apa yang disifatkan oleh beliau, Pas sudah berubah.

Antara hujahnya:

l Pas pernah menganggap suara wanita adalah aurat sehingga Kelantan tidak menghantar wakil bagi majlis tilawah tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita.

l Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu fatwa Pas - Wanita tidak boleh menjadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita. Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh menjadi pemimpin.

l UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir) menurut Pas adalah haram. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP).

Inilah antara hujah-hujah beliau bagi menunjukkan bagaimana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.

Dalam soal ini, sudah tentulah pemimpin dan ahli Pas yang taksub akan tetap menyokong langkah saf kepimpinan kononnya atas dasar demi menegakkan kebenaran dan keadilan di Malaysia.

ResahTetapi kita juga yakin ada di kalangan ahli-ahli Pas yang semakin merasa resah dengan sikap tidak konsisten parti itu dalam usaha untuk memperoleh kuasa politik.

Malah sesetengah orang Melayu atas pagar yang menyokong Pas dalam pilihan raya umum lalu juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Pas yang ternyata sanggup mengamalkan sikap matlamat menghalalkan cara bagi mencapai tujuan politik.

Sebelum ini kita harus akui, Pas dilihat parti alternatif kepada orang Melayu, Pas sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam, ertinya yang haram tetap haram, yang halal tetap halal.

Namun ternyata akibat keghairahan untuk bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dan ditambah pula kejayaan di luar dugaan dalam pilihan raya, Pas sudah melupakan asas-asas perjuangannya.

Mungkin bagi Pas sekarang:

l Suara wanita bukanlah lagi aurat, justeru mereka menerima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan meletakkan calon wanita bertanding dalam pilihan raya.

l Berkawan dengan parti bukan Islam tidak lagi kafir atas sebab itu mereka sanggup membantu berada dalam satu kerajaan dengan DAP di Perak dan Selangor. Biarpun hakikatnya di Perak, Pas tidak ubah hanya menjadi boneka kepada DAP.

l Tidak apa menyokong dasar yang salah demi mempertahankan kekuasaan atas sebab itulah mereka menyokong projek ternakan babi di Selangor.

Semua tindakan ini dengan jelas membuktikan Pas sudah berubah. Pas bukanlah lagi sebuah parti yang sentiasa istiqomah dalam perjuangannya.

Justeru muktamar Pas kali ini diharapkan akan menjadi landasan kepada ahli-ahli Pas yang masih sayangkan parti itu untuk menegur kealpaan pemimpin- pemimpin mereka.

Tidak salah untuk menegur perkara yang betul kerana Rasulullah SAW bersabda, katalah benar, sekalipun ia pahit.

Oleh itu ahli-ahli Pas harus bermuhasabah dan mengkaji keterlanjuran yang semakin banyak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.

Teguran yang dibuat bukanlah bertujuan untuk melemah atau menjatuhkan Pas tetapi sekadar peringatan supaya Pas tidak terus tenggelam dengan keghairahan untuk merebut kuasa politik sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.

Lebih daripada itu untuk kembali kepada asas perjuangannya seperti mana yang disiarkan suara rasmi Pas, Suara Islam bertarikh 17 Mac 1957 yang menyatakan:

"Tertubuhnya Pas adalah semata-mata kerana umat Islam di negeri ini ingin mewujudkan dan mengisi perjuangannya dengan apa yang menjadi keyakinan dan pandangan hidupnya sebagai umat Islam dan sebagai hamba Allah yang patuh kepada ajaran tuhannya.''

Justeru dalam melakukan apa juga keputusan dan pendirian, ahli-ahli Pas harus mengkaji kata saudara Amaludin Darus dalam buku beliau bertajuk, Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.

Antara lain beliau berkata, "Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri.''

Tetapi dalam keadaan sekarang ahli- ahli Pas masih mempunyai kesempatan untuk memperbetulkan keadaan. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menyatakan kebenaran kerana Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya berkata benar itu menunjukkan ke arah kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan jalan ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu nescayalah berkata benar sehingga di sisi Allah dicatat sebagai ahli berkata benar.

Persoalannya, mampukah ahli-ahli Pas melakukannya? Mungkin sekali lagi pandangan dalam tulisan ini akan dianggap untuk memecah-belah Pas kerana maklumlah Pas kini dilihat semakin kuat.

Bermaharajalela- Penulis tidak menafikan fakta ini bahawa Pas semakin mendapat sambutan tetapi dalam masa yang sama ahli Pas tidak boleh membiarkan kesilapan pemimpin-pemimpin mereka bermaharajalela di depan mata.

Orang Melayu juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Dewan Ulama Pas yang sebelum pilihan raya lalu begitu lantang menegur kesilapan yang dilakukan oleh Pas.

Apakah Dewan Ulama juga sudah memasuki 'zon selesa' berikutan kejayaan Pas dalam pilihan raya umum lalu?

Bagaimana pula dengan Dewan Pemuda Pas? Kenapa terus berdiam diri biarpun mereka tahu ada beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin utama mereka telah melanggar prinsip perjuangan atau fatwa parti itu?

Apakah dewan itu sudah tidak berani lagi bersuara kerana bimbang dianggap mempunyai semangat 'pepsi cola'?

Namun persoalannya, apakah ketika ini Pas masih 'pening' akibat arus tsunami politik yang berlaku sehingga memungkinkan mereka melihat apa sahaja yang boleh menguntungkan politik mereka harus diterima?

Oleh itu bagi mengelakkan pemimpin-pemimpin Pas terus alpa sehingga mengelirukan orang Melayu dan ahli Pas khasnya, mereka perlu diperingatkan semula mengenai matlamat perjuangan parti.

Pas seharusnya tidak terlalu ghairah untuk mengejar kuasa politik sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja.

Jika ahli-ahli Pas, selepas 8 Mac lalu begitu lantang mengkritik UMNO dalam pelbagai perkara, mereka juga harus mempunyai keberanian untuk menegur kepimpinan Pas.

Ahli-ahli Pas tidak boleh selama-lamanya melihat sahaja satu demi satu tindak tanduk yang bercanggah dengan prinsip perjuangan parti itu dilanggar oleh pemimpin-pemimpin mereka.

7hb Sept 2009 ( BAGAN PINANG ) Hari Pertama

Setelah melalui perjalanan yang panjang, akhirnya rombongan kami, jentera Pasir Salak akhirnya sampai ke Rumah Perak di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.. Berhenti makan di Tg Malim.. Keadaan agak tenang di sekitar Teluk Kemang sekitar jam 4.30 pagi. Keadaan yang jauh berbeza dari PRK Permatang Pasir yg lepas..

Ramai gak Jentera Pemuda Negeri yang hadir.. saudara Jeff memberi sedikit penerangan dan tugas yang akan dilakukan esok.. Insya Allah, saya bersama-sama menjayakan Program Kesihatan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.. Saudara Megat Firdouz, ada menelifon saya sewaktu kami dalam perjalanan untuk menjemput kami makan tengahari bersama beliau bagi meraikan Jentera Pasir Salak..

Jumaat, 25 September 2009

HADIAH AIDILFITRI BUAT MELAYU PULAU PINANG

Masjid Sungai Rambai dilarang melaungkan takbir raya melebihi pukul 12malam. Sudah menjadi tradisi apabila ketibaan Syawal pada malam hari raya kita bertakbir. Inilah bahana apabila kawasan parlimen yang diwakili oleh DAP Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi.

Di mana para pejuang MELAYU ISLAM PAS yang kononnya membangun bersama Islam. Juga ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjalankan hukum hudud?? Mana "UNIT AMAL" PAS??? Kenapa membisu?? Inilah padahnya bila kita membenarkan Kafir harbi membaca ayat-ayat Quran.. Salah tafsiran. Lalu kita sambut dgn laungan takbir.. atau TAKEBEER!!! ( PRK Bukit Gantang )

Jika larangan ini benar berlaku seperti dilaporkan oleh kebanyakan Blogger, maka LARANGAN TAKBIR ini adalah HADIAH AIDILFITRI BUAT MELAYU Pulau Pinang dari DAP..

Rabu, 23 September 2009

AL-KISAH di SELANGOR

Kritikan Terhadap SELCAT oleh Hassan Ali

Ramai sudah tahu yang Hassan Ali dikritik oleh pemimpin DAP di Pagi Hari Raya kerana Hassan Ali dikatakan menggesa untuk SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan dan bertarafkan "pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah".

Malangnya niat baik Hassan Ali ini disambut dengan komen balas yang amat tidak patut dan "bertaraf budak sekolah" juga. Apabila isu gesaan untuk SELCAT dikaji semula ini disambut dengan mempertikaikan kenapa Hassan Ali berbuat demikian iaitu Hassan Ali dikatakan oleh Teng Chang Kim seolah-olah tidak menyokong kerajaan Negeri yang ada sekarang dan disusuli dengan Teng mempertikaikan kritikan Hassan Ali yang terdahulu melibatkan isu arak di Shah Alam serta Ronnie Liu yang tiada kena mengena dengan isu SELCAT.
PasirsaLakcrew amat pelik dengan tindakan Teng ini seolah-olah ingin menutup mulut Hassan Ali untuk bersuara sedangkan isu SELCAT ini telah menjadi buah mulut di kalangan penjawat awam di Selangor. Hassan Ali hanya memperjuangkan isu kebajikan penjawat awam tetapi dibalas dengan bermacam-macam tuduhan.

Perkara ini menimbulkan persoalan adakah slogan negeri berkebajikan hanya retorik semata-mata atau sememangnya perkara yang ingin diambil-berat dan dilakukan oleh kerajaan Selangor?

Perkara ini turut disambut dengan kritikan daripada blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang menyifatkan gesaan yang dilakukan Hassan Ali untuk SELCAT dikaji semula adalah sebenarnya untuk menunjukkan sememangnya beliau adalah paling layak untuk menjadi Menteri Besar dan bukannya kerana prihatin terhadap rakyat serta benar-benar ikhlas.

Hal ini berlaku berikutan dengan para blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah dapat menghidu kewujudan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan Selangor yang baru dengan Hassan Ali sebagai Menteri Besar. Ini dibuktikan mereka dengan memperlihatkan kenyataan yang dibuat Hassan Ali kelihatan senada dengan Khir Toyo walaupun berbeza kapasiti dan intipati.

Samada wujud Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo untuk memerintah Selangor atau tidak. PasirsaLakcrew melihat komen balas yang diucapkan Teng kepada Hassan Ali membuktikan PAS kini yang semakin dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hal ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan projek hartanah dan perumahan kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad (adun PAS) dikatakan tidak diuruskan melalui beliau tetapi melalui Ronnie Liu dan Teresa Kok yang tiada kena mengena dengan projek hartanah dan perumahan.

Hal ini merupakan satu contoh menunjukkan bahawa PAS kini sedang bermasalah di Selangor dengan suara mereka seolah-olah dinafikan dan tanggungjawab Exco mereka pun dicantas oleh Exco-Exco DAP.

Adakah PAS sanggup menunggu lebih lama lagi untuk hidup dalam suasana penuh penganiayaan dan ketidakadilan?

Adakah ini masanya untuk PAS angkat kaki dan merealisasikan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo seperti yang dicanangkan oleh para blogger pro PAS?

Adakah ini masanya untuk angin perubahan bertiup di Selangor dan menggembirakan rakyat Selangor yang setelah sekian lama menderita?

Sarankan PAS "berubah atau rebah!!"

Anwar Ibrahim semakin kepanasan....
Selangor punca kekayaan kian hilang dari tangan....

DOA MENJAYAKAN 1MALAYSIA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya ALLAH, ya Tuhan kami. Kami mohon petunjuk Mu Ya ALLAH yang Maha Mengetahui lagi Maha 'Adil. Qurniakanlah kekuatan kepada Pemimpin Kami Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Barisan Menterinya.

Kami pohon restu Mu YA ALLAH untuk terus memberi kekuatan semangat dan jasad untuk meninggikan Syiar Mu dan Memuliakan Agama Mu di mata dunia YA ALLAH. Jauhkanlah kami dari perbuatan yang dibenci Mu mengkeji, menfitnah dan mencaci sesama Umat Mu YA ALLAH.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, Jauhkan kami dari mereka yang gemar bersengketa dan memecah-belahkan Umat Mu Ya ALLAH. Bersaksikan Mu Ya ALLAH, perpaduan tunjangan kami, keharmonian dan kebaikan ekonomi fokus kami Demi menjauhkan 1MALAYSIA dari kefakiran dan kekufuran Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

SUBHA NARABBIKA ROBBIL IZZATI 'AMMA YUSIFU NAWASSALAMUN ALAI MURSALIN WALHAMDULILLAH HIRABBIL 'ALAMIN".

Layakkah Tan Sri Isa untuk jadi calon?

Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah sepakat atas resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.

PasirsaLakcrew berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah Tan Sri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Hakikatnya, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO. Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

PasirsaLakcrew sedia maklum. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun PasirsaLakcrew percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa. Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses tindakan disiplin parti bukannya undang-undang. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. PasirsaLakcrew berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,pasti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan turun membantu rakan-rakan di sana waimma siapapun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!

UMNO adalah PARTI ISLAM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar.

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," katanya.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," katanya.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. - Bernama

ANTARA CALUN DUN31 BAGAN PINANG

Allahyarham Azman Mohammad Noor selamat dikebumikan. Kedengaran juga khalayak yang hadir mengucapkan kata betapa bertuahnya Allahyarham kerana telah kembali ke hadrat Ilahi dalam bulan Ramadhan yang bersamaan pula dengan hari Jumaat, penghulu segala bulan dan hari. Penyudah hidup kita pun tidak kita ketahui bagaimana pengakhirannya, maka eloklah jika kita sentiasa bermuhasabah diri.

Antara senarai nama yang berkemungkinan diletakkan sebagai calon BN dalam PRK N31 Bagan Pinang nanti. Antara nama calon BN yang diramalkan ialah:-

1. Tan Sri Isa Bin Abdul Samad- Ketua UMNO Bhgn Teluk Kemang
2. Mohd Najib bin Tan Sri Haji Mohd Isa – Naib Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang
3. Hairuddin Abu Bakar (Don) – AJK Bahagian Teluk Kemang
4. Haji Abdul Wahab Ibrahim – AJK Bahagian Teluk Kemang
5. Kamil bin Aziz – AJK Bahagian Teluk Kemang
6. Mimi Fadzurry binti Md Tahir – Ketua Puteri Bahagian Teluk Kemang

Nama di atas adalah antara yang dikenalpasti sebagai calon BN yang 'bersih' untuk bertanding di PRK N31 Bagan Pinang. Namun ada juga beberapa nama yang disebut sebagai bakal calon, tetapi kami agak pasti sekiranya mereka terpilih, maka BN berkemungkinan bakal berdepan masalah. Antaranya ialah:-

1. Faizal bin Ramli – Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang
2. Halim Mohamad – AJK Bahagian Teluk Kemang
3. Lokman Nor Adam
4. Ezam Mohd Nor

Hakikatnya, kita tidak pasti siapakah yang akan terpilih sebagai calon untuk mewakili BN di PRK N31 Bagan Pinang. Namun kita sarankan kepada pihak pembangkang, bolehlah mula mengusha dan menyelidik kisah peribadi bakal-bakal calon BN yang kita senaraikan ini. Manalah tahu kalau pihak pembangkang 'gembira' untuk menjadikan kisah peribadi bakal calon BN sebagai modal atau bahan untuk dijaja dan diaibkan. Bukankah itu kepakaran parti pembangkang?

Tujuan kita mengeluarkan senarai nama yang berpotensi menjadi calon adalah semata-mata supaya pihak BN dan Umno lebih bersedia dalam mengkaji latar belakang calon yang akan dipilih.

Kita tidak mahu pisang berbuah 9 kali dan BN perlu belajar musibah yang berlaku di Kuala Terengganu serta Permatang Pasir. Perdebatan ilmiah dan kajian terperinci perlu dilakukan terhadap kesemua bakal calon BN, demi kepentingan awam yang wajib diutamakan.

(Sumber: http://paneh.blogspot.com/)

Pilihan Raya Kecil DUN31 Bagan Pinang


Suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober 2009 manakala hari mengundi ditetapkan pada 11 oktober 2009.

Sabtu, 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri kepada seluruh warga PEMUDA UMNO Pasir Salak.. Moga Ramadhan yang lepas akan membawa keberkatan dalam kita meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair.. Bersama kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita berjaya menahan segala tuntutan nafsu dan menahan diri dari semua perkara yang membatalkan ibadah puasa..
Bersama kita memohon ampun dan maaf. Mengeratkan silaturrahim agar kita sentiasa suci hati, bersih jiwa dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa, agama dan negara yg kita kasihi.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.