Selasa, 1 Februari 2011

PEMUDA MAMPU MEMBUAT KEJUTAN


TELUK INTAN 30 Jan 2011 – Saudara Khairul Azwan Harun mengarahkan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak bekerja lebih kuat untuk meraih sokongan pengundi muda bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Golongan pengundi muda adalah golongan yang mampu membuat kejutan dan perubahan dalam politik Negara. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak berkata demikian ketika majlis perjumpaan bersama Ketua – Ketua Pergerakan Pemuda MIC Bahagian dalam Negeri Perak yang diadakan di Lower Club, Teluk Intan.

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional perlu ada semangat “mendahulukan rakyat” dan beliau menyeru kepada semua Pemuda MIC dan parti kompenan BN bergabung bergerak bersama bagi menyelesaikan masalah rakyat kerana sebelum ini banyak program dilancarkan pemuda parti kompenan secara berasingan. Diera ini, beliau mahu pergerakan pemuda BN membantu wakil-wakil rakyat BN menyelesaikan janji-janji Pilihanraya Umum yang lalu.

“ Generasi muda memerlukan pemimpin politik yang lebih memahami aspirasi mereka dan sama-sama menghayati sejarah pembentukan negara bangsa“. Tegas Khairul Azwan.
Pada majlis tersebut, Khairul Azwan juga meminta agar Pergerakan Pemuda MIC negeri mewujudkan Skuad Sekretariat Pemuda Prihatin. Unit ini dikhususkan untuk membela nasib golongan keterbawahan yang mungkin tercicir dari senarai e-kasih selain menjadi pasukan pertama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam sekirannya berlaku di sesuatu tempat.