Isnin, 22 Mac 2010

MEMBONGKAR RAHSIA

24hb FEBRUARI- KAMPUNG GAJAH. Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak telah berjaya menganjurkan sebuah program Pentas Membongkar Rahsia. Pentas Membongkar Rahsia ini menampilkan 3 orang penceramah iaitu Saudara Annuar Shaari ( Bekas Setiausaha Anwar Ibrahim), Saudara Zahid Mohd Arip (Bekas Ketua AMK Pulau Pinang) dan penceramah utama iaitu Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim).

Pentas Membongkar Rahsia yang pertama kali diadakan di seluruh Malaysia ini adalah inspirasi Saudara Khairul Azwan B. Dato' Haron (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak) bagi menjawab segala tohmahan Pakatan Rakyat yang mereka bawa melalui pelbagai sesi ceramah yang telah diadakan di Parlimen Pasir Salak.

Kehadiran mencecah 3000 orang membuktikan bahawa rakyat masih memberi sokongan kepada perjuangan UMNO. Antara yang hadir adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang ingin mendengar rahsia yang ingin dibongkar oleh ketiga-tiga penceramah yang cukup dikenali sebagai orang kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dulu. Penyokong Pakatan Rakyat selama ini hanya didedahkan dengan isu-isu lapok pembohongan Anwar Ibrahim. Justeru mereka hadir untuk membuat penilaian antara hakikat perjuangan Anwar Ibrahim yang selama ini bertunjangkan DENDAM.

Yang jelas, semua yang hadir amat berpuashati dengan pembongkaran oleh ketiga-tiga penceramah. Buktinya, para hadirin menunggu hingga keakhir program. Program yang cuma diberikan permit sehingga jam 12.00 pagi oleh pihak PDRM dianggap berjaya mencapai objektif tujuan ianya diadakan. SIAPA ANWAR IBRAHIM hari ini telah terjawab.

Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak akan berterusan mengadakan siri ceramah bagi memberi penerangan kepada rakyat khususnya para pengundi meliputi segenap lapisan umur agar tidak membuat pilihan yang salah untuk PRU yang akan datang. Parti Keadilan Rakyat sesungguhnya adalah sebuah parti yang memperjuangan seorang insan bernama ANWAR IBRAHIM yang ingin melihat bangsa, agama serta tanahair ini hancur.
Anwar Ibrahim adalah petualang Melayu yang mengkhianati Melayu. Petualang yang mengkhianati agama. Semoga rakyat yang memberi sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat akan sedar dan kembali kepada perjuangan UMNO.

Akhir sekali, Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat menjayakan PROGRAM MEMBONGKAR RAHSIA kali ini.. Insya Allah, Pentas Membongkar Rahsia akan berada di DUN Kampung Gajah selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan