Kita telah ketahui bahawa intipati perlembagaan yang menjadi teras kepada parti UMNO pula terpaksa diubahsuai untuk menampung segala kepincangan sikap sesetengah ahli-ahli UMNO ini.
Ia menunjukkan bahawa UMNO dan semangatnya yang terpaksa mengalah dan akur dengan kerenah ahli-ahlinya dan bukan sebaliknya.
Maka realitinya, pemfokusan UMNO sebenarnya ialah untuk menginsafi ahli-ahli yang selama ini menggunakan segala taktik kotor di dalam parti.
Dan perwakilan-perwakilan wajar membicarakan isu terpenting ini dengan lebih terperinci. Pemimpin-pemimpin tertinggi pula perlu proaktif dan telus di dalam mengenal pasti musuh di dalam selimut dan diadili oleh lembaga disiplin bebas.....
......Pembersihan di dalam UMNO perlu sebegini rupa supaya tidak ada sesiapa pun yang terlepas daripada tindakan undang-undang. Seperti kata Presiden UMNO, tidak ada siapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang.
Dalam masa yang sama, segala perbincangan di atas menyebabkan UMNO hari ini tampil sebagai parti yang sangat tertumpu kepada aspek politiking tanpa me-ngimbanginya dengan aspek-aspek lain di dalam kehidupan ini seperti aspek sosial.
Malah segala pindaan dan keributan yang berlaku sekarang boleh disalahtafsirkan oleh orang ramai dan digunakan sebagai umpan menagih sokongan oleh pihak pembangkang.
Memang benar kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah menyediakan pelbagai prasarana untuk rakyat Malaysia, tetapi saya rasa UMNO perlukan satu set penjelasan tugas (job description) yang berlainan daripada kerajaan.
Perlu ada satu garis pembeza yang nyata antara tanggungjawab dalam kerajaan ataupun syarikat dengan tanggungjawab sebagai pemimpin ataupun ahli-ahli UMNO. Saya rasa kekeliruan ini turut menyumbang kepada masalah di dalam UMNO hari ini. Ini kerana:-
a) Pemimpin-pemimpin UMNO mungkin menjalankan tugas di dalam kerajaan ataupun syarikat dengan baik tetapi mereka gagal untuk merapatkan diri dengan penduduk kawasan yang memilih mereka dengan alasan sibuk dengan tugas-tugas rasmi. Dengan itu, orang ramai akan terasa tersisih dan jauh hati dengan para pemimpin mereka.
b) Pemimpin disimbolkan sebagai orang yang sangat berkuasa, senang, dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk menyenangkan diri sendiri, keluarga dan saudara mara.
Persepsi ini dikuatkan lagi dengan penonjolan para pemimpin yang berkereta besar, berbaju mewah dan berumah besar. Malah pemimpin-pemimpin mampu untuk menyusuri jalan-jalan raya yang sibuk di negara ini tanpa terhenti-henti. Adalah naluri manusia untuk mengharapkan semua itu dan dalam masa yang sama naluri ini turut membawa budaya negatif ke dalam sesebuah komuniti, UMNO contohnya.
c) Pemimpin dipilih untuk mewakili ahli-ahli parti ataupun penduduk yang menyokong mereka. Tetapi, tanpa penjelasan tugas bertulis dan nyata, pemimpin-pemimpin tidak akan dapat membahagikan masa yang sama rata di antara tugas-tugas rasminya dengan kewajipannya untuk berada di dalam kelompok masyarakat yang memilih mereka, mengenal pasti dan bersama-sama menyelesaikan segala masalah, tanpa perlu melalui orang kanan mahupun sekretari.
d) Ahli-ahli UMNO pula tidak mempunyai satu garis panduan ataupun senarai semakan yang berkesan untuk menentukan pencapaian dan masa yang diluangkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut bersama-sama mereka.
Apa yang kelihatan hari ini ialah masa yang digunakan untuk perjumpaan dengan ahli-ahli akar umbi dan penduduk setempat merupakan slot-slot yang sangat kecil di dalam diari pemimpin-pemimpin kecuali di hari perayaan atau pun semasa pilihan raya.
e) Perancangan, penentu dan pelaksanaan tampak seolah-olah berkisar di peringkat atasan sahaja tanpa penglibatan secara langsung oleh ahli-ahli UMNO biasa. Ini mungkin menyebabkan mereka tawar hati dan rasa tidak diperlukan.
Seperkara lagi, apa yang kelihatan hari ini ialah UMNO terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti kerajaan untuk menonjolkan diri, tanpa sebenarnya menaikkan nama parti sebagai perintis di dalam mengusahakan sendiri pendekatan sosial parti. Terlalu sedikit kedengaran sesuatu usaha yang berlabelkan UMNO.
Malah segala aktiviti yang dijalankan oleh UMNO cawangan dan bahagian tidak mendapat publisiti meluas di kalangan orang Melayu sedangkan pihak-pihak yang bertanggungjawab boleh memanfaatkan media untuk menyebarkan segala bentuk aktiviti parti kepada orang Melayu.
Ini adalah kekurangan UMNO hari ini. Terlalu banyak politiking menyebabkan kita terlupa prioriti terpenting untuk orang Melayu itu sendiri.
Untuk membangkitkan kerelevanan UMNO di dalam orang Melayu, parti ini perlu wujud di dalam kitaran hidup seharian orang Melayu.
Pegangan orang Melayu kepada UMNO bukan dalam bentuk makro sahaja seperti biasiswa. Dasar-dasar kerajaan atau pun bantuan kewangan tetapi perlu juga dari segi holistik dan penumpuan berbentuk individualistik.
Birokrasi dan protokol-protokol rasmi perlu dikurangkan dan pemimpin-pemimpin harus mengalami suasana kehidupan ahli-ahli dan penyokong mereka dengan lebih serius dan ikhlas.
biasa la yop kalau ada duit.. cuba kalau komer takda duit.. tak jalan lee projek komer. cuba komer kuar duit poket sendiri.. mampus le komer. Mana ada orang UMNO kuar duit sendiri buat program. Melainkan perabeh duit sponser. janji masyyuukkkk. kalau UMNO ni tak disokong dengan duit dah lame lee komer kojoi.. ni pun buat bolog ni pree ajer.. abeh yang Zambry sponser tu buat ape? membesorkan perut lilit komer je yop..
BalasPadamKomer tengok jaa laa kat Sg. Manik. brapa banyak UMNO buat bagi keselesaan petani.. Jalan pon berlobang2. Macam duduk kat veitnam. Tengok bahagian C dan D Sg. Manik tu.. Jangan tengok di Bahagian A dan B. Dah lamer UMNO memerintah kat situ.. Tok Sidang, JKKK dan ulor ayor YB kenyang laa.. yang bungoll orang kampung di perbungolkan orang-orangkuat UMNO
BalasPadam