Khamis, 28 Januari 2010

SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN PASIR SALAK

SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN PASIR SALAK.. Sebuah sekretariat baru. Diasaskan oleh Saudara Azwan Bin Dato' Harun selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak yang juga merupakan Pengerusi sekretariat ini. Pemuda UMNO Pasir Salak merupakan Pemuda UMNO Bahagian yang mula-mula melahirkan SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN di Malaysia.

Idea penubuhan SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN ini bermula sewaktu Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Pada waktu itu, Saudara Azwan B. Dato' Harun merupakan Setiausaha Sulit Khas kepada YAB Menteri Besar Perak mengiring YAB Dato' Seri Zambry mengadakan lawatan rumah ke rumah dalam Program MB Perak bersama rakyat Permatang Pasir, YAB Dato' Seri telah dirayu oleh penduduk kawasan terbabit agar membantu seorang penduduk yang mana pendawaian elektriknya dalam keadaan yang merbahaya kerana keadaan kabel letrik yang berselerak.

YAB MB telah bersetuju menanggung segala kos pendawaian semula tersebut lalu mengarahkan Jentera Pemuda UMNO Pasir Salak yang dipimpin oleh Saudara Anuar B. Amin melakukan kerja tersebut. Anuar merupakan pendawai terlatih telah bersetuju menyahut cabaran tersebut bersama seluruh Jentera Gerak Gempur Pasir Salak.

Syukur, dengan komitmen seluruh Jentera Pasir Salak, kerja pendawaian semula berjaya disiapkan sepenuhnya jam 7.30 petang pada hari mengundi. Dan Jentera Pasir Salak merupakan jentera pilihanraya yang paling lewat pulang ke kampung masing-masing demi menyiapkan kerja2 prihatin tersebut.

Bermula dari situ, saudara Azwan telah melahirkan hasrat supaya sebuah Sekretariat Pemuda Prihatin ditubuhkan di setiap bahagian. Alhamdulillah, YAB Dato' Seri Zambry selaku Menteri Besar telah bersetuju lalu meluluskan budget sebanyak RM10,000.00 bagi setiap bahagian di Perak.

Hari ini, Pasir Salak merupakan contoh terbaik dalam melaksanakan program-progam sukarela supaya Pemuda UMNO terus relevan dalam menyelesaikan seterusnya membantu masalah-masalah rakyat yang benar-benar memerlukan. Anuar B. Amin beserta sukarelawan Pemuda UMNO masih meneruskan aktiviti amal ini di seluruh Parlimen Pasir Salak. Mereka dapat diterima baik oleh masyrakat.

Bagi tahun 2010, YAB Dato' Seri ZAmbry telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM20,000.00 untuk SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN meneruskannya. Sesungguhnya, kami sukarelawan Pemuda UMNO merasa amat bangga bila dapat melakukan aktiviti amal yang lebih mendekati golongan miskin begini.

Kepuasan melihat wajah mereka senyum berseri setelah kita memenuhi keinginan mereka tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Moga ALLAH SWT terus memberikan kami kesempatan agar dapat kami melakukan sedikit ibadah, mencari keredhaan ALLAH, melalui SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan