Ahad, 25 Mac 2012

PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD HILIR PERAK

KHAMIS 22hb MAC : Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun telah dijemput untuk merasmikan Penutup Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hilir Perak yang berlangsung di Kompleks Sukan Sabak Bernam.

Kejohanan tersebut terpaksa dianjurkan di Sabak Bernam yang terletak di Selangor kerana Teluk Intan tidak memiliki Padang Balapan.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak 3.7 juta bagi membina Kompleks Sukan Hilir Perak yang lengkap dengan Padang Balapan di SMK Sri Kandi, Teluk intan.

Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak akan cuba berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri agar pembinaan kompleks tersebut dapat dibina pada tahun ini.

Jumaat, 16 Mac 2012

ANWAR TERIMA DANA & KHIDMAT NASIHAT ASING

KUALA LUMPUR, 14 Mac – "Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.
"Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR."
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

"Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. – UMNO-Online