Isnin, 13 Februari 2012

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN RUMAH

PASIR SALAK: 12 FEB, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa JKK kampung Sejagop telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Rumah kepada En Mohamad Munir B. Cheri di Sejagop tengahari bermula jam 12.30pm. Majlis Penyerahan 'Mock-Key' telah disempurnakan oleh Saudara Khairul Azwan Dato Harun selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan mewakili YAB Menteri Besar Perak.

En Mohamad Munir B Cheri serta keluarga telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah beliau telah hangus dalam kebakaran sebulan yang lalu. Pengerusi JKKK Sejagop, Saudara Fadzir yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan mewakili En Mohamad Munir mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato Seri Zambry Abd Kadir atas keprihatinan dan kelulusan segera bantuan rumah ini. Ini adalah bukti bahawa masalah rakyat sentiasa berada di dalam agenda Barisan Nasional. Kini rumah baru En Munir sedang dalam pembinaan oleh kontraktor yang dilantik YBUDR.

Saudara Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak memberi jaminan bahawa kerja pembinaan dijangka siap dalam masa 3 minggu lagi. Dalam temuramah oleh media yang hadir, Saudara Khairul Azwan memaklumkan bahawa bagi tahun 2012, YBU telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan masih memerlukan dana
tambahan sebanyak RM2 Juta. “Tahun ni YBU dapat 4juta, dan kami masih
memerlukan dana tambahan sebanyak 2 juta khas bagi Projek Infra untuk menampung
dan menambah baik kos perumahan yang akan disumbangkan kepada golongan sasar
kami.”
“Setiap rumah baru yang dibina mencecah rm30,000 dan kos membaik pulih
rumah sehingga RM15,000”, jelas beliau. Tambah Azwan lagi, sepanjang YBU
diperkenalkan dan beroperasi selama tiga tahun, hampir 500 buah rumah baru dan
baik pulih telah dilaksanakan meliputi seluruh Negeri Perak bersamaan 10 Daerah
dan 59 Adun.

Pengerusi JKKK Sejagop, Saudara Fadzir