Isnin, 22 Mac 2010

FUTSAL 1 MALAYSIA


SUNGAI RANGGAM-21 Mac. Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak bersama Persatuan Belia 4B Sungai Ranggam hari ini telah berjaya mengadakan kejuaraan terbuka Futsal 1 Malaysia yang melibatkan penyertaan 20 pasukan. Kejuaraan tersebut menawarkan hadiah yang agak lumayan iaitu tempat pertama wang berjumlah RM500.00, piala pusingan beserta medal, tempat kedua membawa pulang wang berjumlah RM300.00 serta medal dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang berjumlah RM100.00 serta medal.

Program yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi terpaksa dilewatkan sehingga jam 9.15 pagikerana hujan. Namun program berjalan lancar seperti dirancang dan berakhir pada jam 7.00 mlm. Pasukan dari Pasir Berdamar Teluk Intan telah berjaya menewaskan Pasukan Selat Pulau seterusnya merangkul Tempat Pertama, Pasuka Selat Pulau tempat kedua dan Pasukan Gigih tempat ketiga. Sebelum perlawanan akhir dijalankan, diadakan perlawanan persahabatan antara Pasukan PPUPS dan Persatuan Belia 4B Sg Ranggam yang dimenangi oleh Pasukan PPUPS.

Saudara Roslan B. Arshad selaku Ketua Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak mewakili Ketua Pemuda dalam ucapannya berkata bahawa Pergerakan Pemuda Pasir Salak akan bekerjasama dengan mana-mana badan ataupun UMNO cawangan yang ingin mengadakan program seperti ini. Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak juga berterima kasih dengan kepimpinan Belia 4B sg Ranggam kerana sudi bersama-sama PPUPS dalam menganjurkan Kejuaraan FUTSAL 1 MALAYSIA ini. Seterusnya beliau menyampaikan salam Saudara Khairul Azwan selaku Ketua Pemuda PPUPS yang tidak dapat bersama kerana menghadiri kursus di ILMU, Janda Baik, Pahang.

Sekali lagi TAHNIAH buat pasukan yang berjaya.. SALAM 1MALAYSIA~!!

KREDIBELITI DAN INTERGRITI ANWAR RUNTUH


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sebagai ketua pembangkang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani menjawab pendedahan mengenai pembohongannya berhubung rancangan ‘kerajaan 16 September’.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kegagalan Anwar menjawab pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat dan ditambah pula dengan cubaan ‘melarikan’ diri ke luar negara membuktikan ketua pembangkang itu mempunyai moral politik yang rendah.

“Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

“Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas ’serangan’ yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan ‘menenangkan’ diri di Eropah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Anwar untuk membalas semua pendedahan Zahrain berhubung pembohongan dalam rancangan 16 September yang dirancang khusus oleh ketua pembangkang itu bagi merampas pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Zahrain semasa sidang Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam mainan politik, kononnya baginda memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.

Dedah Zahrain lagi, Anwar juga berbohong apabila mendakwa pelantikan beliau disokong oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain, salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersetuju untuk mempengerusikan persidangan bagi mendengar usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, Anwar tidak sepatutnya ‘melarikan’ diri kerana rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran semua pendedahan yang dibuat oleh Zahrian yang juga merupakan bekas salah seorang sahabat karibnya selama 30 tahun.

Ditanya bagaimana Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin berdepan dengan pendedahan itu, beliau berkata, tindakan Zahrain kini menyebabkan parti tersebut berada dalam kelemasan, sehinggalah mereka menemui isu baru bagi mengalih perhatian masyarakat.

“Apa yang dibuat oleh Zahrain adalah umpama ‘bom jangka’ yang langsung tidak diduga oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri sehingga mereka kini tiada jawapan untuk menangkis serangan tersebut.

“Anwar dan pakatan pembangkang kini terperangkap dalam ‘jerangkap samar’ yang dicipta oleh mereka sendiri kerana terlalu memperkecilkan kemampuan Zahrain sedangkan semua maklumat sulit parti tersebut berada dalam ‘poket’ bekas ahli PKR itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, imej Anwar sebagai ketua pembangkang terutamanya di kalangan wakil rakyat pembangkang musnah dengan pendedahan berani tersebut.

Katanya, perkara itu dapat dilihat daripada raut wajah serta jumlah bilangan wakil rakyat pembangkang yang tampil dan bangun mempertahankan Anwar semasa pendedahan itu dibuat pada Rabu lalu. -MediaUMNO/MM

MEMBONGKAR RAHSIA

24hb FEBRUARI- KAMPUNG GAJAH. Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak telah berjaya menganjurkan sebuah program Pentas Membongkar Rahsia. Pentas Membongkar Rahsia ini menampilkan 3 orang penceramah iaitu Saudara Annuar Shaari ( Bekas Setiausaha Anwar Ibrahim), Saudara Zahid Mohd Arip (Bekas Ketua AMK Pulau Pinang) dan penceramah utama iaitu Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim).

Pentas Membongkar Rahsia yang pertama kali diadakan di seluruh Malaysia ini adalah inspirasi Saudara Khairul Azwan B. Dato' Haron (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak) bagi menjawab segala tohmahan Pakatan Rakyat yang mereka bawa melalui pelbagai sesi ceramah yang telah diadakan di Parlimen Pasir Salak.

Kehadiran mencecah 3000 orang membuktikan bahawa rakyat masih memberi sokongan kepada perjuangan UMNO. Antara yang hadir adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang ingin mendengar rahsia yang ingin dibongkar oleh ketiga-tiga penceramah yang cukup dikenali sebagai orang kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dulu. Penyokong Pakatan Rakyat selama ini hanya didedahkan dengan isu-isu lapok pembohongan Anwar Ibrahim. Justeru mereka hadir untuk membuat penilaian antara hakikat perjuangan Anwar Ibrahim yang selama ini bertunjangkan DENDAM.

Yang jelas, semua yang hadir amat berpuashati dengan pembongkaran oleh ketiga-tiga penceramah. Buktinya, para hadirin menunggu hingga keakhir program. Program yang cuma diberikan permit sehingga jam 12.00 pagi oleh pihak PDRM dianggap berjaya mencapai objektif tujuan ianya diadakan. SIAPA ANWAR IBRAHIM hari ini telah terjawab.

Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak akan berterusan mengadakan siri ceramah bagi memberi penerangan kepada rakyat khususnya para pengundi meliputi segenap lapisan umur agar tidak membuat pilihan yang salah untuk PRU yang akan datang. Parti Keadilan Rakyat sesungguhnya adalah sebuah parti yang memperjuangan seorang insan bernama ANWAR IBRAHIM yang ingin melihat bangsa, agama serta tanahair ini hancur.
Anwar Ibrahim adalah petualang Melayu yang mengkhianati Melayu. Petualang yang mengkhianati agama. Semoga rakyat yang memberi sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat akan sedar dan kembali kepada perjuangan UMNO.

Akhir sekali, Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat menjayakan PROGRAM MEMBONGKAR RAHSIA kali ini.. Insya Allah, Pentas Membongkar Rahsia akan berada di DUN Kampung Gajah selepas ini.